Dua vessel nelayan tempatan ditahan, langgar syarat sah lesen

Manakala pemeriksaan pada bot kedua pula mendapati ia telah melanggar syarat sah lesen kerana melakukan aktiviti mencandat sotong kurang daripada jarak yang dibenarkan iaitu di kawasan bawah 30 batu nautika dari daratan terhampir.

A
A
A

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan menahan dua buah vessel nelayan tempatan selepas melanggar syarat sah lesen dalam dua serbuan kejadian berasingan di perairan negeri ini.

Pengarah negeri, Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata, penahanan itu dilakukan menerusi Op Naga Barat dan Op Damai serta Op Tiris.

"Vessel pertama telah berjaya ditahan sekitar jam 10.45 pagi pada Isnin di kedudukan lebih kurang 18.4 batu nautika ketika sedang bersauh.

"Manakala vessel kedua telah ditahan pada jam 1.30 pagi Selasa ketika sedang leka mencandat sotong di kedudukan 28 batu nautika dari muara Tok Bali," katanya dalam satu kenyataan.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan menahan dua buah vessel nelayan tempatan selepas melanggar syarat sah lesen dalam dua serbuan kejadian berasingan diperairan negeri ini.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan pada bot pertama mendapati tekong gagal mengemukakan lesen vessel berkenaan ketika diminta.

Ujarnya, manakala pemeriksaan pada bot kedua pula mendapati ia telah melanggar syarat sah lesen kerana melakukan aktiviti mencandat sotong kurang daripada jarak yang dibenarkan iaitu di kawasan bawah 30 batu nautika dari daratan terhampir.

Erwan Shah memberitahu, bot pertama menggunakan seorang kru warga Thailand berusia 60 tahun manakala bot kedua menggunakan tujuh orang kru termasuk tekong warga Vietnam berusia di antara 19 hingga 59 tahun.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua kru termasuk tekong mempunyai dokumen pengenalan diri dan pas bekerja yang sah.

"Kedua-dua vessel kemudiannya diiringi ke jeti Maritim Negeri Kelantan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut," katanya.

Hasil pemeriksaan pada bot pertama mendapati tekong gagal mengemukakan lesen vessel berkenaan ketika diminta.
Hasil pemeriksaan pada bot pertama mendapati tekong gagal mengemukakan lesen vessel berkenaan ketika diminta.

Menurut beliau, kes disiasat bawah Akta Perikanan 1985 kerana gagal mengemukakan buku lesen dan melanggar syarat sah lesen.

Ujarnya, Maritim Malaysia menasihatkan kepada semua komuniti nelayan agar sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dan sentiasa mengutamakan keselamatan ketika berada di laut.

Tambah beliau, sebarang maklumat berkenaan aktiviti jenayah atau insiden di laut boleh terus disalurkan secara rasmi melalui talian kecemasan NG999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Kelantan di talian 09-778 0070.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!