Penjenayah ditembak mati di Subang terbabit kes samun bersenjata api

Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian tembak di Subang Jaya pada Selasa.
Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian tembak di Subang Jaya pada Selasa.
A
A
A

SUBANG JAYA - [DIKEMAS KINI] Suspek warga Afrika yang ditembak mati di Jalan PJS 9/1, di sini, pada Selasa, dipercayai ahli kumpulan samun yang aktif sejak tahun 2018.

Difahamkan, kegiatan kumpulan yang dianggotai kira-kira 10 warga Afrika termasuk suspek itu lengkap dengan senjata dan melibatkan nilai kerugian mencecah RM8 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kejadian tembak kira-kira jam 7 malam itu membabitkan suspek yang menaiki kereta jenis Hyundai Matrix dan polis.

Menurutnya, suspek telah melepaskan lima tembakan ke arah polis dan dua peluru telah mengenai kenderaan polis.

"Suspek lelaki berusia lewat 30-an maut di lokasi kejadian.

"Pemeriksaan di lokasi kejadian temui sepucuk pistol jenis Revolver pada suspek," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini pada Selasa.

Anggota polis memeriksa lokasi kejadian tembak di Subang Jaya pada Selasa.
Anggota polis memeriksa lokasi kejadian tembak di Subang Jaya pada Selasa.

Ujarnya, tindakan ini hasil risikan Polis Kuala Lumpur dan Polis Selangor sebelum dikoordinasikan oleh JSJ Bukit Aman.

Artikel Berkaitan:

Mengulas mengenai kumpulan suspek, beliau berkata, geng ini berisiko tinggi dengan bersenjata api dan usaha menjejaki baki suspek masih giat dijalankan.

Tambahnya, pihak polis juga telah memaklumkan di semua pintu keluar negara mengenai baki suspek terlibat yang berkemungkinan menukar pasport.

Tambah beliau, modus operandi suspek ialah berinteraksi dengan mangsa melalui media sosial sebelum menawarkan transaksi sama ada jual barang kemas dan tukar mata wang asing.

“Mereka akan jumpa (mangsa) di hotel dan suruh mangsa ikut sebelum serang mangsa di jalan raya,” katanya.

Seorang lelaki warga Afrika yang terlibat jenayah samun mati ditembak di Subang Jaya, pada Selasa.
Seorang lelaki warga Afrika yang terlibat jenayah samun mati ditembak di Subang Jaya, pada Selasa.

Ringkasan berita:

  • Suspek Tembak Mati: Seorang suspek warga Afrika ditembak mati di Subang Jaya setelah melepaskan lima tembakan ke arah polis.
  • Aktiviti Kumpulan: Suspek adalah ahli kumpulan samun yang aktif sejak 2018, melibatkan kira-kira 10 anggota dan menyebabkan kerugian RM8 juta.
  • Modus Operandi: Kumpulan ini menggunakan media sosial untuk berinteraksi dengan mangsa, menawarkan transaksi sebelum menyerang mangsa.
  • Tindakan Polis: Polis sedang giat menjejaki baki anggota kumpulan dan telah memaklumkan di semua pintu keluar negara.
Dijana oleh AI

No Image Caption

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!