'Janda muda' hadiah panjat batang pinang

Peserta menunjukkan skil masing-masing bagi mendapatkan hadiah 'janda muda'. Agensi
Peserta menunjukkan skil masing-masing bagi mendapatkan hadiah 'janda muda'. Agensi
A
A
A

BANDUNG - Pertandingan memanjat batang pinang di Kabupaten Cianjur baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila menawarkan hadiah seorang 'janda muda'.

Seramai 27 peserta menyertai pertandingan berkenaan yang menguji kemampuan mereka memanjat setinggi 10 meter sebelum memperoleh hadiah tersebut.

Bagaimanapun janda muda yang dimaksudkan bukanlah janda muda sebenar sebaliknya lelaki yang dihiasi persis seperti janda muda.

"Kita sengaja mendandani seorang lelaki sebagai perempuan yang mengenakan busana lengkap berwarna merah yang mirip seperti seorang janda muda yang menjadi rebutan ramai," jelas penganjur pertandingan Haris Iskandar pada Isnin.

Tambahnya, idea itu muncul apabila seorang ahli jawatankuasa pertandingan melontarkan perkara itu bagi menarik penyertaan masyarakat setempat.

"Seorang AJK Wanita iaitu Elin Rismayanti mengesyorkan perkara tersebut," katanya.

Ujarnya lagi, bagi setiap peserta yang berjaya mendapatkan janda muda itu mereka akan diberikan wang tunai berjumlah Rp250,000 (RM70).

Dalam pada itu, perlumbaan berkenaan yang turut disertakan dengan pertandingan lain diadakan bermula Sabtu lalu sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia. -Agensi

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!