Empangan Nenggiri: Penempatan baharu Orang Asli siap 2026

Orang Asli di Kampung Kuala Wias, Pos Tohoi dan Pulat di Gua Musang yang terlibat dalam pembinaan Empangan Nenggiri bakal menikmati penempatan baharu, galeri mini khas dan ladang getah bagi menggantikan penempatan asal.
Orang Asli di Kampung Kuala Wias, Pos Tohoi dan Pulat di Gua Musang yang terlibat dalam pembinaan Empangan Nenggiri bakal menikmati penempatan baharu, galeri mini khas dan ladang getah bagi menggantikan penempatan asal.
A
A
A

GUA MUSANG - Orang Asli di Kampung Kuala Wias, Pos Tohoi dan Pulat di sini yang terlibat dalam pembinaan Empangan Nenggiri oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) bakal diberikan penempatan baharu susulan perkampungan asal mereka terkesan dengan pembinaan projek hidroelektrik tersebut.

Pengarah Urusan TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco), Ir Muhamad Nazri Pazil berkata, penempatan baharu itu akan dibina lengkap dengan kemudahan dan fasiliti yang lebih baik untuk tiga kawasan asal Orang Asli yang terjejas itu.

"Bukan itu sahaja, sebuah galeri mini khas akan dibina di Gua Musang bagi memastikan mana-mana atau semua bahan arkeologi serta bersejarah disimpan di sini.

"Kami turut menyediakan ladang getah kepada Orang Asli terjejas agar dapat menjadi sumber pendapatan yang lebih terjamin untuk masa akan datang," katanya kepada pemberita semasa Lawatan Media ke Tapak Projek Hidroelektrik Nenggiri di sini.

Muhamad Nazri semasa sesi Lawatan Media ke Tapak Projek Hidroelektrik Nenggiri di Gua Musang.
Muhamad Nazri semasa sesi Lawatan Media ke Tapak Projek Hidroelektrik Nenggiri di Gua Musang.

Muhamad Nazri berkata, selain itu, TNB turut menyediakan kemudahan asas yang lengkap seperti jalan masuk, klinik, dewan serbaguna, kompleks sekolah, kemudahan sukan dan rekreasi.

Ujarnya, projek tersebut juga memberikan limpahan ekonomi termasuk peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Menurut beliau, dianggarkan 2,000 peluang pekerjaan baharu bakal dicipta semasa fasa pembinaan projek ini.

Artikel Berkaitan:

"Keutamaan akan diberikan kepada penduduk tempatan sekiranya mereka mempunyai kelayakan yang sesuai melalui sistem pendidikan akademik dan kemahiran teknikal.

"Pekerja daripada masyarakat Orang Asli tempatan yang tidak mempunyai kelayakan akademik dan kemahiran teknikal juga boleh diambil bagi mengisi jawatan sokongan," katanya.

Menurut beliau, projek yang telah diluluskan kerajaan Persekutuan pada 2012 dan kerajaan Kelantan pada 2014 ini telah mencapai tahap kemajuan 40.5 peratus sehingga Jun lalu serta dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan 2027.

Projek yang telah diluluskan kerajaan Persekutuan pada 2012 dan kerajaan Kelantan pada 2014 ini telah mencapai tahap kemajuan 40.5 peratus sehingga Jun lalu serta dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan 2027.
Projek yang telah diluluskan kerajaan Persekutuan pada 2012 dan kerajaan Kelantan pada 2014 ini telah mencapai tahap kemajuan 40.5 peratus sehingga Jun lalu serta dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan 2027.

Tambahnya, selain daripada fungsi utama menjana tenaga elektrik, projek ini juga memberikan manfaat lain seperti tebatan banjir, bekalan air mentah, pengairan untuk pertanian, sosio-ekonomi, ekopelancongan dan peluang pekerjaan serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi Kelantan.

Media tempatan melaporkan pada 5 Jun lalu lebih 800 penduduk Orang Asli kaum Temiar yang terbabit dengan projek Empangan Nenggiri berharap projek tersebut siap mengikut jadual ditetapkan.

Empangan Nenggiri dibangunkan dengan kos RM5 bilion bagi menjana 300 mega watt (MW) elektrik dan dijangka beroperasi mulai 2027.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!