Lelaki dikhuatiri lemas di pantai Port Dickson

Operasi mencari dan menyelamat mangsa melibatkan pelbagai agensi giat dijalankan sejak pada jam 8 malam semalam. Foto Ihsan pembaca
Operasi mencari dan menyelamat mangsa melibatkan pelbagai agensi giat dijalankan sejak pada jam 8 malam semalam. Foto Ihsan pembaca
A
A
A

PORT DICKSON - Seorang lelaki dikhuatiri lemas di pantai berhampiran Glory Beach Resort dekat sini lewat petang Selasa.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kapten Maritim Mohd Khairi Abd Aziz berkata, operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) telah diaktifkan pada jam 8 malam.

"Maritime Rescue Sub Centre (MRSC), Johor Bahru telah diaktifkan dan Pangkalan Hadapan Carilamat turut dibuka di Tanjung Gemuk, Port Dickson.

"Pencarian awal bagi mengesan dan mencari mangsa telah dilakukan oleh bot BENTENG 04 dalam keadaan jarak penglihatan yang terhad dan laut bergelora, namun tiada tanda positif ditemui," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, insiden terbabit telah dilaporkan oleh seorang pengadu yang memaklumkan telah melihat seorang lelaki dikhuatiri lemas dan hilang berhampiran pantai peranginan tersebut, namun identiti mangsa belum dapat dikenal pasti.

"Usaha Carilamat diteruskan pagi ini (Rabu) yang turut melibatkan Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Malaysia," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!