Banjir kilat, air pasang, satu PPS diaktifkan di Merbok

PPS di Dewan Kampung Sungai Pial mula dibuka jam 6.30 petang semalam, menempatkan 16 keluarga dari dua buah kampung di Merbok. Foto APM
PPS di Dewan Kampung Sungai Pial mula dibuka jam 6.30 petang semalam, menempatkan 16 keluarga dari dua buah kampung di Merbok. Foto APM
A
A
A

SUNGAI PETANI - Hujan lebat berlarutan serta air pasang besar mengakibatkan penduduk di dua kampung di Merbok, di sini, terpaksa dipindahkan selepas dilanda banjir kilat semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Amirul Asyraf Mohamad Mayidin berkata, kawasan terlibat adalah Kampung Huma dan Kampung Sungai Pial menyebabkan satu pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan.

“Hujan lebat berterusan ditambah air pasang besar menyebabkan beberapa kawasan yang berada berdekatan pantai terjejas selepas rumah mereka dinaiki air.

“PPS di Dewan Kampung Sungai Pial mula dibuka jam 6.30 petang menempatkan 16 keluarga," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amirul Asyraf berkata, operasi disertai pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pejabat Daerah Kuala Muda.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!