Kapal layar karam: Harapan jumpa mangsa terselamat tipis

Sekurang-kurangnya seorang maut, enam masih hilang selepas bot layar mewah karam di pesisir pantai Sicili. Foto EPA
Sekurang-kurangnya seorang maut, enam masih hilang selepas bot layar mewah karam di pesisir pantai Sicili. Foto EPA
A
A
A

ROME - Pasukan penyelamat pada Selasa meneruskan usaha mencari mangsa yang terselamat daripada insiden sebuah kapal layar karam di pesisir pantai Sicili.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan menyatakan bahawa peluang untuk menemui enam individu yang masih hilang adalah tipis.

Kejadian berlaku pada awal pagi Isnin akibat ribut.

Jurucakap agensi perlindungan awam di wilayah pulau Sicili, Francesco Venuto memberitahu Xinhua bahawa sehingga petang Selasa, penyelam masih bergelut memasuki kabin kapal dipercayai mangsa hilang mungkin terperangkap di dalamnya.

Kapal layar 'Bayesian' yang dilaporkan karam di Palermo, Sicily, Itali. Foto EPA
Kapal layar 'Bayesian' yang dilaporkan karam di Palermo, Sicily, Itali. Foto EPA

Namun, oksigen dalam kapal layar adalah terhad dan peluang mangsa untuk hidup semakin berkurangan.

"Kami menemui kapal layar itu sekitar 50 meter di bawah permukaan air, tetapi penyelam belum dapat mengakses kabin dalam.

"Kami menjejaki kawasan itu dengan helikopter dan bot, tetapi tiada tanda keenam-enam mangsa. Mereka mungkin berada di dalam kapal, dan persoalannya hanya sama ada mereka masih hidup atau tidak," kata Venuto.

Artikel Berkaitan:

Kapal layar mewah sepanjang 56 meter yang dikenali sebagai Bayesian itu membawa 12 penumpang dan 10 kru sebelum ia karam.

Setakat ini, 15 orang berjaya diselamatkan dan satu mayat ditemukan.

Ahli keluarga yang terselamat diiringi ketika mereka meninggalkan hospital kanak-kanak di Palermo, selatan Itali. Foto EPA
Ahli keluarga yang terselamat diiringi ketika mereka meninggalkan hospital kanak-kanak di Palermo, selatan Itali. Foto EPA

Pihak berkuasa juga mengesahkan bahawa enam penumpang yang hilang ialah jutawan teknologi Mike Lynch; anak perempuannya yang berusia 18 tahun, Hannah Lynch; pengerusi syarikat perbankan dan kewangan gergasi Morgan Stanley International, Jonathan Bloomer; isterinya Judy; seorang aktivis; pereka barang kemas, Neda Morvillo dan suaminya, bekas peguam AS untuk Daerah Selatan New York, Chris Morvillo.

Kebanyakan mangsa yang terselamat berada di atas atau berhampiran dek kapal ketika kejadian berlaku.

Lapan daripada 15 mangsa yang diselamatkan telah dibawa ke hospital. - Bernama-Xinhua

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!