Pengendali makanan warga asing dicekup

JIM Pulau Pinang menahan 11 pekerja asing dalam Ops Selera di medan selera sebuah pusat beli-belah di Seberang Jaya. Foto JIM Pulau Pinang
JIM Pulau Pinang menahan 11 pekerja asing dalam Ops Selera di medan selera sebuah pusat beli-belah di Seberang Jaya. Foto JIM Pulau Pinang
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang menahan 11 pekerja asing dalam Ops Selera di medan selera di sebuah pusat beli-belah di Seberang Jaya di sini, semalam.

Jabatan itu memaklumkan 27 pengendali makanan diperiksa sebelum 11 pekerja berusia 25 hingga 40 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk melanggar syarat pas dengan bekerja di sektor berlainan daripada kelulusan yang diberikan.

Serbuan yang dilakukan Bahagian Penguatkuasa Imigresen Pulau Pinang dalam Ops Selera di medan selera sebuah pusat membeli-belah di Seberang Jaya. Foto JIM Pulau Pinang
Serbuan yang dilakukan Bahagian Penguatkuasa Imigresen Pulau Pinang dalam Ops Selera di medan selera sebuah pusat membeli-belah di Seberang Jaya. Foto JIM Pulau Pinang

Mereka terdiri daripada enam lelaki warga Bangladesh, tiga lelaki Nepal serta seorang lelaki dan seorang wanita Indonesia.

Seramai 27 pengendali makanan diperiksa sebelum 11 pekerja berusia 25 hingga 40 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan. Foto JIM Pulau Pinang
Seramai 27 pengendali makanan diperiksa sebelum 11 pekerja berusia 25 hingga 40 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan. Foto JIM Pulau Pinang
Artikel Berkaitan:

"Kesemua mereka ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 untuk siasatan lanjut dan tindakan jabatan," menurut JIM menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

JIM Pulau Pinang menyebut siasatan akan turut dijalankan ke atas pemilik perniagaan. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!