Legenda sukan meriahkan Larian Keluarga Malaysia 2024

Dari kiri, Santokh, Roslin, Pengerusi YAKEB, Noorul Ariffin Abdul Majeed, Ismail Sabri, Marina, Zaiton Othman dan Zainal Abidin. - Foto YAKEB
Dari kiri, Santokh, Roslin, Pengerusi YAKEB, Noorul Ariffin Abdul Majeed, Ismail Sabri, Marina, Zaiton Othman dan Zainal Abidin. - Foto YAKEB
A
A
A

LEGENDA sukan negara bakal memeriahkan Larian Keluarga Malaysia 2024 yang dijadual berlangsung di Persiaran Flora, Cyberjaya pada 29 September ini.

Antara legenda yang bakal hadir pada program larian anjuran Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) itu adalah bekas atlet bina badan, Datuk Malek Noor; Datuk Zainal Abidin Hassan (bola sepak); Datuk Zaiton Othman (olahraga); Datuk Santokh Singh (bola sepak); Roslin Hashim (badminton) dan Datuk Marina Chin (olahraga).

Larian yang dikelolakan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) menyediakan tiga kategori, lima kilometer (km), 10km dan 21km selain turut menawarkan cabutan bertuah kepada peserta dengan misi utama untuk mengumpul dana bagi anak-anak mangsa Covid-19.

"Skuad YAKEB sentiasa komited dalam menyokong usaha murni demi membantu mereka yang memerlukan, terutama melalui platform sukan.

"Ayuh sertai kami dalam Larian Keluarga Malaysia pada 29 September 2024 di Persiaran Flora, Cyberjaya!" katanya menerusi hantaran di Instagram.

YKM yang dipengerusikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berperanan membantu anak-anak yatim yang kematian ibu, bapa atau ibu-bapa, atau penjaga akibat pandemik Covid-19 sebelum ini.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!