Aliff Syukri kongsi detik cemas dakwa diganggu lelaki warga asing

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman berkongsi detik cemas menerusi satu video apabila mendakwa diganggu warga asing dalam kejadian dekat Kota Damansara di sini pada Selasa. Individu terbabit dilihat memegang pisau di tangan kiri dan didakwa mahu melakukan gangguan seksual terhadap dirinya.

A
A
A

USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman berkongsi detik cemas menerusi satu video apabila mendakwa diganggu warga asing dalam kejadian dekat Kota Damansara di sini pada Selasa.

Kejadian itu berlaku ketika dia berada dalam kenderaan miliknya itu.

Menerusi perkongsian video berkenaan, Aliff Syukri mulanya didatangi seorang lelaki dipercayai warga asing yang mendekati bahagian tepi keretanya.

Individu itu dilihat menyergah Aliff Syukri ketika dia mahu turun daripada kenderaannya.

Individu terbabit juga dilihat memegang pisau di tangan kiri dan didakwa mahu melakukan gangguan seksual terhadap dirinya.

"Mohon berhati-hati, sumpah saya takut! Siapa yang pernah kena macam saya ni? Saya takutlah kenapa banyak sangat orang asing macam ni.

"Dia siap bawa pisau kat tangan kiri dia," kongsinya menerusi video berkenaan.

Aliff Syukri kemudiannya bertindak menggertak lelaki itu dengan menyatakan mahu memanggil polis.

Artikel Berkaitan:

Lelaki terbabit kemudiannya dilihat menjauhkan diri daripada Aliff sebelum berlalu pergi dari lokasi kejadian.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!