Istiadat perkahwinan Diraja Tengku Puteri Afzan, FD Idzham berlangsung tiga hari
KUANTAN - Rakyat di Pahang akan menyaksikan Istiadat Perkahwinan Diraja, Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan pasangan, FD Idzham FD Iskandar yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari iaitu pada 22, 23 dan 25 Ogos ini.
Pengelola Bijaya Diraja Utama, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Datuk Yahya berkata, Istiadat Akad Nikah bakal berlangsung di Istana Abdulaziz pada 22 Ogos.
Menurutnya, Istiadat Berinai bagi pasangan pengantin Diraja ini akan diadakan sehari kemudian.
"Istiadat Bersanding pula akan diadakan pada hari Ahad iaitu 25 Ogos dan semua istiadat akan disiarkan secara langsung melalui dua buah layar besar yang disediakan di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan di Tasik KotaSAS.
"Pelbagai acara menarik akan diadakan di kedua-dua lokasi iaitu di Dataran MBK dan di Tasik KotaSAS sepanjang tarikh Istiadat Perkahwinan Diraja berlangsung," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!