Gaduh di kedai makan gara-gara silap hantar makanan

Rakaman video yang tular di media sosial
Rakaman video yang tular di media sosial
A
A
A

IPOH - Hanya kerana silap menghantar makanan, sekumpulan lelaki bergaduh hingga menimbulkan kekecohan di sebuah kedai makan di sini pada Selasa.

Insiden itu tular selepas satu rakaman video berdurasi 33 saat dikongsi di media sosial pada Rabu.

Menerusi rakaman itu, berlaku tolak-menolak antara individu terlibat dan beberapa lelaki memegang kerusi makan yang telah patah dipercayai digunakan dalam pergaduhan itu.

Rakaman video yang tular di media sosial
Rakaman video yang tular di media sosial

Seorang lelaki lain juga dilihat memegang sebatang kayu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, pergaduhan bagaimanapun berjaya dileraikan anggota polis yang dalam tugasan ronda.

Artikel Berkaitan:

Menerusi rakaman, seorang lelaki lain juga dilihat memegang sebatang kayu.
Menerusi rakaman, seorang lelaki lain juga dilihat memegang sebatang kayu.

"Berdasarkan maklumat, kes berlaku kerana pekerja tersilap hantar makanan ke meja lain.

"Tiada maklumat lanjut berkaitan kejadian kerana tiada pihak yang tampil membuat laporan polis," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!