'Saya antara disaman, tidak boleh komen' - Ketua Polis KL

Datuk Rusdi Mohd Isa
Datuk Rusdi Mohd Isa
A
A
A

KUALA LUMPUR - "Saya tak boleh komen, semua orang ada hak untuk memfailkan saman”.

Itu maklum balas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa bagi mengulas berhubung saman yang difailkan ke atas dirinya dan beberapa pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya antara yang disaman, saya tidak boleh komen (lanjut) pasal ini (saman). Saya pun tak terima lagi saman itu jadi kita tunggu,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, pada Rabu.

Terdahulu media melaporkan bekas Ketua Staf Perisikan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Senior Asisten Komisioner (B) Datuk Mat Zaki Md Zain bersama tiga anggota lain telah memfailkan writ saman dan tuntutan ganti rugi bernilai RM100 juta kepada PDRM.

Writ saman dan tuntutan itu difailkan bagi tujuan ganti rugi khas, deklarasi dan permohonan maaf daripada 11 defendan di Mahkamah Tinggi Tawau melalui Messrs Lincon & Co, Sandakan pada 15 Ogos lalu.

Selain Rusdi defendan terdiri daripada bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan; Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dan bekas Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah sebagai defendan pertama hingga keempat.

Turut dinamakan ialah Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin; Asisten Komisioner Ts Dr Mohd Hakim Hashom, Deputi Superintenden Yusman Shahri Marinsah dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Acrl Sani Abdullah Sani turut dinamakan sebagai defendan kelima hingga kelapan.

Sementara itu, PDRM, Jabatan Peguam Negara dan kerajaan Malaysia pula sebagai defendan kesembilan hingga ke-11.

Artikel Berkaitan:

Menurut kenyataan Mat Zaki, tindakan itu diambil walaupun mereka telah dibebaskan dan dilepaskan daripada tuduhan 302 Kanun Keseksaan kerana terbukti tidak bersalah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!