Sekurang-kurangnya 14 maut, 55 cedera nahas bas di Kenya
MOSCOW - Sekurang-kurangnya 14 orang maut dan 55 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas di Kenya, lapor Sputnik.
Bas itu dilaporkan hilang kawalan dan merempuh beberapa kenderaan sebelum terbabas ke dalam parit di lebuh raya Nakuru-Eldoret, menurut laporan akhbar tempatan Nation, pada Selasa.
Seorang penumpang mendakwa bahawa bas itu mengalami masalah teknikal sepanjang perjalanan.
Angka korban dijangka meningkat, menurut pasukan penyelamat. - Bernama-Sputnik
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!