Operator kilang maut terjatuh dalam mesin proses tandan sawit

Anggota polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian pada Selasa. Gambar kecil: Kasut dipercayai milik mangsa ditemui di atas timbunan serat sawit setelah mangsa dipercayai terjatuh dalam mesin di kilang berkenaan pada Selasa.
Anggota polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian pada Selasa. Gambar kecil: Kasut dipercayai milik mangsa ditemui di atas timbunan serat sawit setelah mangsa dipercayai terjatuh dalam mesin di kilang berkenaan pada Selasa.
A
A
A

KUALA LANGAT - Serpihan baju, kasut dan cebisan tulang merungkai kehilangan seorang lelaki sebelum ditemui maut setelah terjatuh dalam mesin memproses sawit dekat sebuah kilang di Jenjarom di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, laporan berkaitan kejadian dibuat oleh pengurus kilang terbabit kira-kira jam 9.15 malam.

"Pengurus berkenaan mendapati pekerjanya iaitu seorang lelaki warga tempatan berumur 34 tahun tiada di kilang itu.

"Siasatan mendapati, mangsa yang merupakan operator kilang sebelum itu dipercayai keluar rehat kira-kira jam 1 petang dan masuk semula bekerja kira-kira jam 1.50 petang manakala rakan sekerja mangsa yang lain keluar rehat kira-kira jam 2 petang sebelum masuk semula kira-kira jam 2.30 petang," katanya.

Menurutnya, rakan sekerja mangsa bagaimanapun mendapati mangsa tiada di lokasi manakala mesin memproses di situ beroperasi tanpa operator bertugas.

"Rakan sekerja mangsa memaklumkan perkara itu kepada pengurus kilang sebelum mereka bersama-sama mencari mangsa di sekitar kawasan terbabit.

"Mereka kemudiannya menemui kasut, serpihan baju dan cebisan tulang manusia pada jam 5.57 petang di atas timbunan serat sawit pada bahagian hujung mesin berkenaan," katanya.

Menurutnya, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam mesin memproses tandan sawit itu ketika mengendalikannya.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan turut mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan berkaitan kejadian ini dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya.

.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!