Wang insurans, KWSP RM100,000 peninggalan isteri lesap kena scam

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUANTAN - Seorang pekerja kilang berputih mata selepas mengalami kerugian RM100,000 akibat diperdaya individu yang menyamar daripada Kementerian Komunikasi dan pegawai polis.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, lelaki berusia 59 tahun itu mendakwa wang berkenaan adalah daripada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pampasan insurans peninggalan arwah isterinya.

Menurutnya, kejadian bermula pada18 Ogos lalu apabila mangsa menerima panggilan telefon daripada individu memperkenalkan diri sebagai pegawai kementerian dan mendakwa nombor telefon mangsa terbabit dengan 27 kes kegiatan scam.

"Panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada seorang lagi suspek yang menyamar sebagai pegawai polis.

"Suspek mengarahkan mangsa untuk membuat pemindahan wang melalui mesin juruwang automatik (ATM) sebanyak dua kali melalui satu akaun bank bagi tujuan siasatan sehingga mengalami kerugian berjumlah RM100,000," katanya pada Rabu.

Yahaya berkata, mangsa menyedari dirinya ditipu apabila diminta membuat pindahan wang lagi.

"Susulan itu, mangsa tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan.

"Siaatan mendapati wang tersebut adalah daripada wang insurans dan KWSP milik peninggalan arwah isteri.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Dalam kes terbabit, Yahaya menasihati orang ramai yang menerima panggilan meragukan untuk segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi kerajaan bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan.

"Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakannombor akaun dan nombor telefon yang diterima dipautan https://semakmule.rmp.gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!