6 parah, 15 cedera bas Pejabat SUK Selangor terbabas dalam parit

Anggota bomba sedang menjalankan kerja mengeluarkan mangsa kemalangan melibatkan sebuah bas serta motosikal dekat Kampung Kelanang, Taman Dawai Banting di sini pada Rabu. Foto JBPM Selangor
Anggota bomba sedang menjalankan kerja mengeluarkan mangsa kemalangan melibatkan sebuah bas serta motosikal dekat Kampung Kelanang, Taman Dawai Banting di sini pada Rabu. Foto JBPM Selangor
A
A
A

KUALA LANGAT - [DIKEMAS KINI] Gara-gara mengelak sebuah motosikal, bas milik Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor terbabas ke dalam parit mengakibatkan enam parah manakala 15 lagi cedera ringan dekat Kampung Kelanang, Taman Dawai Banting di sini pada Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 1.07 petang.

Enam parah manakala 15 lagi individu cedera setelah bas dinaiki kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) terbabas ke dalam parit dekat Kampung Kelanang, Taman Dawai Banting di sini pada Rabu. Foto JBPM Selangor

Beliau berkata, bas terbabit membawa 21 penumpang yang merupakan kakitangan Mahkamah Selangor.

No Image Caption

"Seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Banting serta Balai Bomba dan Penyelamat Telok Panglima Garang dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 1.18 petang.

"Kemalangan melibatkan sebuah bas milik Pejabat SUK Selangor dinaiki 21 individu serta sebuah motosikal," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Katanya, terdapat 21 mangsa terdiri daripada 15 wanita dan enam lelaki di dalam bas berkenaan.

"Dua lelaki serta empat wanita parah, 15 mangsa lain mengalami cedera ringan manakala pemandu bas berkenaan tersepit di bahagian pemandu.

"Bagaimanapun motosikal yang terlibat dalam kemalangan terbabit gagal dikesan sejurus selepas kejadian," ujarnya.

Menurutnya, usaha mengeluarkan pemandu yang tersepit dijalankan anggota bomba terlibat.

"Mangsa bersama kesemua individu yang cedera parah serta ringan kemudiannya diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan selanjutnya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!