Harga diesel di Semenanjung turun 2 sen lagi

Harga diesel di Semenanjung Malaysia turun buat kali ketiga berturut-turut, dengan penurunan terbaharu sebanyak dua sen seliter. Gambar hiasan
Harga diesel di Semenanjung Malaysia turun buat kali ketiga berturut-turut, dengan penurunan terbaharu sebanyak dua sen seliter. Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Harga diesel di Semenanjung Malaysia turun buat kali ketiga berturut-turut, dengan penurunan terbaharu sebanyak dua sen seliter.

Kementerian Kewangan (MoF) menerusi kenyataan memaklumkan, ia menjadikan harga baharu bahan bakar itu kepada RM3.23 seliter bagi tempoh 22 hingga 28 Ogos.

"Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter," katanya pada Rabu.

Ujar MoF, harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing- masing dikekalkan pada paras RM3.47 serta RM2.05 seliter bagi tempoh sama.

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," kata kementerian itu.

Sebelum ini, harga diesel diturunkan sebanyak lima sen dua kali sejak pelarasan subsidi bahan bakar berkenaan dilaksana pada 10 Jun lalu.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!