‘Tak perlu ajar Agong bagaimana untuk memilih PM’ - Azalina

Datuk Seri Azalina Othman Said
Datuk Seri Azalina Othman Said
A
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu mempersoalkan peranan atau mengajar bekas Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tentang bagaimana untuk memilih Perdana Menteri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ini kerana berdasarkan Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan, Raja perlu melantik seorang Perdana Menteri yang menurut penghakimannya mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan.

Menurutnya, Artikel 40 (2) (a) juga menyatakan bahawa Raja bertindak mengikut budi bicara dalam urusan pelantikan ketua kerajaan.

“Kamu tidak boleh mempersoalkan budi bicara Agong yang mutlak.

“Jangan mengajar baginda apa yang perlu dilakukan atau bagaimana untuk memilih. Mudah sahaja,” katanya menerusi hantaran di X pada Rabu.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, polis merakam keterangan Muhyiddin berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu 3R (raja, agama dan kaum) ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, baru-baru ini.

Ahli Parlimen Pagoh itu dilapor menyebut bahawa bekas Agong tidak mengundangnya untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri walaupun mempunyai sokongan cukup ahli Parlimen.

Ucapan Muhyiddin di kempen tersebut juga didakwa mempersoalkan tugas Al-Sultan Abdullah dalam satu video tular di media sosial.

Artikel Berkaitan:

Terbaharu, Muhyiddin dirakam keterangan di pejabatnya di KL Sentral selepas polis menerima 30 laporan terhadap beliau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!