Champions Golf ubah landskap sukan golf di Malaysia

Champions Golf mengambil langkah berani dengan mengubah kelab golf persendirian menjadi padang golf awam bagi menjadikan sukan berkenaan lebih meluas di Malaysia.
Champions Golf mengambil langkah berani dengan mengubah kelab golf persendirian menjadi padang golf awam bagi menjadikan sukan berkenaan lebih meluas di Malaysia.
A
A
A

CHAMPIONS Golf mengambil langkah berani dengan mengubah kelab golf persendirian menjadi padang golf awam bagi menjadikan sukan berkenaan lebih meluas di Malaysia.

Pengarah urusannya, Matthew A Murray berkata, syarikatnya bertekad menghapuskan imej eksklusif lama yang dikaitkan dengan sukan golf dan membuka peluang kepada golongan kurang berkemampuan serta ingin mencuba sukan berkenaan.

Matthew A Murray
Matthew A Murray

"Dahulu terletak di Iskandar Puteri, Senibong Golf Club dan dikenali sebagai Poresia Golf Club, kini sudah menjadi padang golf awam terdekat dengan Singapura.

"Bermula 1 Januari 2024, kelab dan padang golf ini dibuka kepada orang ramai sekali gus menandakan perubahan ketara daripada imej eksklusif kepada suasana yang lebih mesra serta terbuka.

“Kami mahu setiap individu tidak kira siapa mereka untuk merasai keseronokan bermain golf.

"Senibong Golf Club dan Permas Jaya Golf Club membuktikan bahawa sukan ini bukan lagi milik eksklusif golongan tertentu,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan, syarikatnya turut merancang merancang pelbagai inisiatif masa depan yang merangkumi pembangunan 'water driving range' awam pertama di Johor Bahru.

Ujarnya, langkah tersebut dijangka memberi impak besar kepada komuniti iaitu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan ekonomi tempatan.

"Dengan rekod cemerlang mengubah kelab golf persendirian kepada kemudahan awam di beberapa negara seperti Australia dan Singapura, Champions Golf terus memperkukuh komitmen dalam menjadikan golf sukan yang boleh dinikmati semua lapisan masyarakat.

"Model bayar dan main yang diperkenalkan serta pelbagai program latihan dan pelajaran akan memastikan bahawa setiap orang berpeluang mempelajari serta bermain sukan ini dengan cara mudah mengikut kemampuan mereka," jelasnya.

Tambah beliau, Champions Golf juga aktif dalam membangunkan bakat tempatan, memberi tumpuan kepada latihan dan pembiayaan untuk bakat muda seperti Syed Nor Ismail Sha Syed Hussein.

Katanya, syarikat berkenaan akan memperkenalkan program inovatif seperti Footgolf, glamping dan memancing yang direka untuk menarik lebih ramai pengunjung ke padang golf di Johor Golf Expo nanti.

"Pelbagai inisiatif yang bakal diperkenalkan dan transformasi kelab golf sedang dijalankan, Champions Golf tidak hanya mengubah sukan ini menjadi lebih inklusif tetapi juga membina masa depan sukan golf lebih meluas di Malaysia.

"Ini adalah langkah besar ke arah menjadikan golf bukan sahaja sebagai sukan, tetapi juga sebagai gaya hidup yang boleh dinikmati semua orang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!