Bot tunda, tongkang tanpa insurans ditahan

Sebuah bot tunda ditahan kerana tiada perlindungan insurans muatan dibawa. - Foto APMM
Sebuah bot tunda ditahan kerana tiada perlindungan insurans muatan dibawa. - Foto APMM
A
A
A

PORT DICKSON - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan menahan sebuah bot tunda dan tongkang selepas didapati muatan dibawa dan kru tiada perlindungan insurans semalam.

Pengarah APMM Melaka dan Negeri Sembilan, Kapten Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata, bot itu ditahan pada kedudukan 4.6 batu nautika barat daya Tanjung Tuan di sini jam lebih kurang 12.20 tengah hari.

"Hasil pemeriksaan mendapati bot tunda tersebut membawa lapan kru termasuk 'master' warganegara Indonesia yang memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Master kapal dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Sembilan dan Melaka untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat untuk siasatan lanjut mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihaknya akan terus meningkatkan rondaan penguatkuasaan bagi mengekang aktiviti jenayah di perairan Melaka dan Negeri Sembilan.

Beliau berkata, orang ramai diminta menyalurkan maklumat perlakuan jenayah dan kecemasan di laut menerusi Pusat Operasi Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan di talian 06-3876730 dan MERS 999 yang beroperasi 24 jam.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!