Isu 3R: Kertas siasatan Muhyiddin diserah kepada AGC

Razarudin Husain
Razarudin Husain
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan membabitkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung ucapan yang didakwa menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja) ketika berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Nenggiri (DUN) dihantar kepada Peguam Peguam Negara (AGC) pada Rabu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, setakat ini seramai 66 saksi telah diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

"Hari ini, pegawai dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman telah selesai mengambil keterangannya dan beliau telah menjawab semua soalan diberikan.

"Susulan itu, kertas siasatan kes tersebut diserahkan kepada AGC untuk tindakan lanjut," katanya pada Rabu.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri itu menyerahkan beberapa dokumen kepada polis bagi membantu siasatan berhubung ucapan beliau didakwa institusi raja semasa berkempen bagi DUN Nenggiri.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan polis menerima sebanyak 30 laporan berhubung ucapan Muhyiddin yang tular di media sosial.

Ekoran isu 3R itu, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah turut menzahirkan kemurkaan dan terkilan atas tindakan Muhyiddin yang dilihat secara sengaja dan sinis mempertikaikan peranan Al-Sultan Abdullah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Baginda mahu PDRM mengambil tindakan dan menjalankan siasatan ke atas Bekas Perdana Menteri itu.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!