PPD Kemaman dipecah masuk, wang tunai RM15,400 lesap

Pejabat PPD Kemaman dipecah masuk pada Rabu menyebabkan kehilangan wang tunai berjumlah RM15,400. Gambar kecil: Hanyan
Pejabat PPD Kemaman dipecah masuk pada Rabu menyebabkan kehilangan wang tunai berjumlah RM15,400. Gambar kecil: Hanyan
A
A
A

KEMAMAN - Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kemaman dipecah masuk pada Rabu menyebabkan kehilangan wang tunai berjumlah RM15,400.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 7.20 pagi.

"Siasatan awal dijalankan polis mendapati suspek telah memecah masuk ruang bangunan dengan mengumpil tingkap di bilik mesyuarat.

"Suspek kemudian turut menyelongkar beberapa ruang pejabat dan melarikan wang tunai berjumlah RM15,400,"katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut diminta menyalurkan terus kepada IPD Kemaman di talian 09-8592222.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!