Sebutan kes fail cerai Syamsul, Ira Kazar Selasa ini

Sebutan kes permohonan cerai oleh pengarah filem 'Mat Kilau' Syamsul Yusof terhadap isterinya, Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, ditetapkan pada Selasa depan.
Sebutan kes permohonan cerai oleh pengarah filem 'Mat Kilau' Syamsul Yusof terhadap isterinya, Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, ditetapkan pada Selasa depan.
A
A
A

KERAMAT - Sebutan kes permohonan cerai oleh pengarah filem 'Mat Kilau' Syamsul Yusof terhadap isterinya, Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, ditetapkan pada Selasa depan.

Peguam syarie, Azmi Rais yang mewakili pengarah filem berusia 40 tahun itu berkata demikian ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, mahkamah menetapkan tarikh itu selepas Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof memfailkan permohonan berkenaan pada Isnin lalu.

"Tuntutan penceraian dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor," katanya.

Untuk rekod, ini merupakan pernikahan kedua Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof selepas berpisah dengan Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, pada 14 Jun 2023.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.

Pada 6 Januari tahun lalu, Syamsul akhirnya mengotakan janji untuk ‘meletak titik noktah’ pada teka-teki perhubungannya dengan Ira Kazar, apabila mengakui sudah menikahi wanita itu di Thailand.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!