Wanita cermin mata hitam larikan dua gelang emas

Suspek wanita memakai cermin mata hitam melarikan dua utas gelang tangan emas dari sebuah kedai emas di bangunan Arked Mara, Jalan Pasar pada Rabu.
Suspek wanita memakai cermin mata hitam melarikan dua utas gelang tangan emas dari sebuah kedai emas di bangunan Arked Mara, Jalan Pasar pada Rabu.
A
A
A

ALOR GAJAH - Seorang wanita berpura-pura menjadi pelanggan sebelum melarikan dua utas gelang tangan emas dianggarkan bernilai RM10,000 di sebuah kedai emas di bangunan Arked Mara, Jalan Pasar di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, dalam kejadian lebih kurang jam jam 12.45 tengah hari, mangsa berusia 28 tahun yang merupakan pekerja di kedai emas milik ibunya telah didatangi suspek berbaju coklat dan memakai cermin mata hitam.

Menurutnya, ketika kejadian, suspek meminta untuk melihat seutas gelang tangan sebelum mangsa menyerahkan kepada suspek kerana percaya suspek merupakan pelanggan.

Pegawai forensik menemukan kesan cap jari suspek.
Pegawai forensik menemukan kesan cap jari suspek.

"Pada masa sama suspek mahu melihat seutas lagi gelang tangan emas yang lain dan mangsa telah memberikan satu lagi gelang tangan emas kepada suspek tersebut.

"Namun suspek telah bangun dari kerusi dan melarikan diri bersama dua utas gelang emas ke arah sebuah kereta jenis Toyota Yaris yang diparkir di hadapan kedai tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, Ashari berkata, terdapat seorang lelaki yang bertindak sebagai pemandu menunggu di dalam kereta tersebut sebelum mereka bergegas meninggalkan lokasi kejadian.

Ujarnya, siasatan di tempat kejadian dijalankan dibantu pihak forensik berjaya menemukan kesan cap jari suspek.

Artikel Berkaitan:

"Difahamkan dua gelang tangan yang dilarikan satu seberat 15.83gram (g) berbentuk kait stamping dan seutas gelang tangan berbentuk 'dunhill vencon stamping' anggaran berat lebih kurang 13.43g.

"Tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam kedai yang merakam kejadian, namun terdapat CCTV di luar kedai bagi membantu siasatan," katanya.

Tambahnya, polis sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 308 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!