SMK Dato' Haron mara separuh akhir Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18

SMK Dato' Haron akan berdepan cabaran SMK Shah Alam dalam aksi separuh akhir Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18.
SMK Dato' Haron akan berdepan cabaran SMK Shah Alam dalam aksi separuh akhir Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18.
A
A
A

NAIB juara Piala Sumbangsih Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Haron meneruskan momentum positif pemburuan Kejuaraan Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah 18 tahun (B-18) setelah mengesah slot separuh akhir pada Rabu.

SMK Dato' Haron (PPD Kuala Selangor) yang berstatus pasukan pilihan mara selepas menewaskan SMK Darul Ehsan (PPD Gombak), 3-0 dalam perlawanan yang berlangsung di padang Arena 26 Shah Alam.

SMK Dato' Haron akan berdepan satu lagi pasukan pilihan SMK Shah Alam (PPD Petaling Perdana) dalam aksi separuh akhir di padang Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Seksyen 28 pada Jumaat ini.

SMK Shah Alam sebelum itu mengesahkan kemaraan selepas menang tipis 1-0 ke atas SMK Tinggi Kajang (PPD Hulu Langat).

No Image Caption

Satu lagi slot separuh akhir menyaksikan pertemuan antara SMK TTDI Jaya (PPD Petaling Perdana) menentang SMK Bukit Jelutong (PPD Petaling Perdana) juga di padang MBSA Seksyen 28.

SMK TTDI Jaya mara selepas menjinakkan cabaran SMK Pengkalan Permatang (PPD Kuala Selangor), 1-0 di padang Arena 26 Shah Alam.

SMK Bukit Jelutong pula mengesahkan kemaraan ke pentas empat terbaik selepas menyingkirkan cabaran SMK Taman Jasmin 2, menerusi penentuan sepakan penalti 5-4 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Artikel Berkaitan:

Sebagai rekod, kejuaraan pembangunan bakat bola sepak yang dibarakan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS Berhad) sebagai penaja utama melibatkan penyertaan sebanyak 32 pasukan.

Juara kejuaraan edisi ke-10 akan membawa pulang RM10,000, naib juara RM8000, tempat ketiga 6000 dan keempat RM4000.

Perlawanan akhir dijadual berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 27 Ogos ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!