Grab penuhi gaji minimum ditetapkan kerajaan

Wacana Sinar Siri Wacana Sinar edisi 452 'Malang' bekerja sendiri yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu.
Wacana Sinar Siri Wacana Sinar edisi 452 'Malang' bekerja sendiri yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Syarikat perkhidmatan e-hailing, Grab Malaysia mengakui pendapatan yang diperoleh pekerja syarikat berkenaan menyamai atau melebihi kadar gaji minimum per jam yang ditetapkan kerajaan iaitu RM7.21.

Pengarah Operasi dan Mobilitinya, Rashid Shukor berkata, kini pihaknya sedang mencari satu kadar sebagai penanda aras bagi mengekalkan prestasi berkenaan.

"Kami sedang berusaha untuk menyeimbangkan upah dan permintaan bagi memastikan pekerja gig memperoleh pendapatan yang adil dan memenuhi kadar gaji minimum.

"Pada masa sama, kami memantau dan menilai keseimbangan pasaran untuk memastikan pekerja tidak dieksploitasi dan ekosistem gig kekal mampan," katanya.

Rashid
Rashid

Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar Siri Wacana Sinar edisi 452 'Malang' bekerja sendiri yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Rabu.

Program itu dihoskan Ismail Adnan dan turut menampilkan dua panelis lain iaitu Ketua Pegawai Strategi dan Transformasi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Edmund Chong Peck Huang dan Jawatankuasa Penggerak Gabungan E-hailing Malaysia, Jose Rizal.

Dalam pada itu, menurut Rashid, data menunjukkan bahawa 70 peratus pekerja gig bekerja secara sambilan di mana 60 peratus daripada mereka mengakui bahawa ekonomi gig digunakan sebagai pendapatan tambahan.

Artikel Berkaitan:

"Kami memang ada dengar beberapa keluhan daripada penggiat gig berkaitan isu pendapatan tetapi melihat kepada keseimbangan pasaran, ia sudah relevan kerana kalau upah tinggi, permintaan akan berkurang.

"Jadi, untuk mengekalkan pendapatan yang dijana adalah adil dan memenuhi kadar gaji minimum... satu titik keseimbangan perlu ditetapkan," katanya.

Sementara itu, beliau menjelaskan, cabaran lain yang dihadapi adalah berkaitan pemahaman ekonomi gig dalam aspek keselamatan.

Menurutnya, Grab melindungi pekerja mereka dengan insurans dan caruman sosial menerusi sumbangan kerajaan dalam peratusan tertentu manakala selebihnya disediakan oleh pihaknya.

"Tetapi ada di kalangan pekerja gig yang mungkin tidak menyedari atau memahami manfaat ini. Jadi, penelitian bakal dilakukan bagi mencari penyelesaian kepada permasalahan ini," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!