Perlindungan keselamatan berisiko terputus jika caruman tidak konsisten - PERKESO

Edmund
Edmund
A
A
A

SHAH ALAM - Naratif kepentingan perlindungan sosial terhadap pekerja gig atau individu bekerja sendiri perlu dipertingkatkan bagi memastikan golongan ini sentiasa dilindungi.

Ketua Pegawai Strategi dan Transformasi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Edmund Chong Peck Huang berkata, jika pekerja tidak membuat caruman secara konsisten atau tidak memahami kepentingan keselamatan sosial, mereka mungkin kehilangan perlindungan tersebut.

"Kalau terdapat caruman pada bulan atau tahun tertentu, mereka automatik terlindung.

"Tapi kalau terputus caruman... misalnya tiada caruman dalam 2025, maka mereka tidak dilindungi sekiranya berlaku kemalangan atau masalah lain.

"Kerisauan PERKESO kini, jika kita tidak mempromosikan kepentingan keselamatan sosial maka jumlah pekerja yang berdaftar dan membayar caruman untuk perlindungan sosial akan terus berkurang," katanya.

Wacana Sinar Siri Wacana Sinar edisi 452 'Malang' bekerja sendiri yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu.
Wacana Sinar Siri Wacana Sinar edisi 452 'Malang' bekerja sendiri yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu.

Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar Siri Wacana Sinar edisi 452 'Malang' bekerja sendiri yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Rabu.

Program itu dihoskan Ismail Adnan dan turut menampilkan dua panelis lain iaitu Jawatankuasa Penggerak Gabungan E-hailing Malaysia, Jose Rizal dan Pengarah Operasi dan Mobiliti Grab Malaysia, Rashid Shukor.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan, satu platform disediakan untuk melindungi pekerja tidak formal supaya mereka dapat kekal berdaya saing dan menyumbang kepada ekonomi negara.

"Buat masa ini, kita sudah ada Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) untuk melindungi mereka tetapi masih terdapat segelintir daripada golongan tersebut tidak berdaftar dan perkara ini kita perlu diselesaikan segera.

"Setiap hari PERKESO dan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) mengenal pasti risiko yang dihadapi seperti sakit kritikal. Jadi, produk atau polisi baharu harus dibentuk agar dapat melindungi golongan pekerja gig," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!