Penghantar makanan tempuh detik seram terima pesanan 'hantu polis'

Suttinai (gambar kecil) menceritakan dia menerima pesanan dari seorang pegawai polis yang sudah meninggal dunia. Agensi
Suttinai (gambar kecil) menceritakan dia menerima pesanan dari seorang pegawai polis yang sudah meninggal dunia. Agensi
A
A
A

BANGKOK - Seorang penghantar makanan Thailand menempuh detik seram apabila menerima pesanan daripada seorang pegawai polis yang sudah meninggal dunia.

Suttinai Khamchuen, 30 tahun yang berkongsi pengalaman di Channel 7 bahawa dia melakukan dua pekerjaan iaitu penyelamat sukarela dan penghantar makanan dari syarikat Bolt.

Katanya kejadian aneh bercampur seram berlaku pada jam 7.30 petang pada 19 Ogos lalu.

Menceritakan lanjut, dia menerima pesanan daripada seorang lelaki yang memaklumkan dia pegawai polis di Balai Polis Pakkret di wilayah Nonthaburi, Bangkok.

Pelangganya memintanya membeli enam botol air dan dua cawan kopi serta menghantarnya ke balai polis tersebut.

Sebaik tiba, Suttinai memaklumkan kepada pegawai di balai polis tersebut bahawa dia diminta untuk menghantar barang-barang yang dipesan seorang pegawai polis.

Selepas beberapa minit, pegawai tersebut tidak munculkan diri, dia memutuskan untuk meninggalkan pesanan itu di luar balai.

Pada keesokan harinya, Suttinai yang tidak berpuas hati menelefon balai tersebut dan meminta pegawai polis lain menyemak nama pelanggan yang memesan minuman dengannya.

Artikel Berkaitan:

Selepas itu dia baru mengetahui bahawa pegawai polis yang memesan minuman itu sudah meninggal dunia pada Februari lalu akibat kanser paru-paru.

Suttinai menyoal lebih lanjut dengan pegawai polis lain dan mendapati sebenarnya dia bukan penghantar makanan pertama yang berdepan kejadian seram itu.

Sebelum ini, seorang lagi penghantar makanan menghantar enam botol air dan kopi ke stesen dalam keadaan yang sama. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!