Sudah berbuih-buih mulut cakap pasal masalah warga asing ini

Laporan Sinar Harian berkaitan kes jenayah melibatkan warga asing.
Laporan Sinar Harian berkaitan kes jenayah melibatkan warga asing.
A
A
A

SELASA lepas, berlaku kejadian berbalas tembakan antara polis dan penjenayah di Bandar Sunway, Selangor.

Isnin lepas, seorang lelaki direman kerana menjadi suspek utama kematian isteri dan anaknya yang mayatnya ditemui di longkang sebelum dihanyutkan ke Pantai Leman, Kuala Kedah.

Minggu lepas pula, seorang lelaki diberkas kerana disyaki terlibat kes samun serta mencederakan pekerja sebuah kedai aiskrim di Taman Sri Muda, Shah Alam.

Itu tiga berita yang menarik perhatian Merak Jalanan pada minggu ini. Sebabnya, ketiga-tiga ada persamaan – jenayah dilakukan warga asing di negara kita.

Isu jenayah warga asing di negara ini bukan perkara baharu. Sejak berpuluh-puluh tahun Merak Jalanan sudah dengar, cuma akhir-akhir ini semakin menjadi-jadi.

Walaupun rungutan demi rungutan dilontarkan rakyat kita mengenai kewujudan warga asing ini, bak kata orang-orang dulu, sudah berbuih-buih mulut bercakap, namun ibarat mencurah air ke daun keladi.

Merak Jalanan bukanlah antiwarga asing sebab ramai juga antara mereka yang baik-baik, malah ada yang menjadi pensyarah di IPT.

Cuma Merak Jalanan berharap pihak berkuasa melakukan yang terbaik untuk menangani lambakan warga asing ini terutama yang masuk secara tidak sah.

Artikel Berkaitan:

Bercerita pasal warga asing, hari minggu lalu Merak Jalanan bersiar-siar ke ibu negara menaiki LRT. Merak Jalanan lihat ramai warga asing di dalam tren.

Kelihatan bas Rapid KL juga dipenuhi warga asing di dalamnya ketika melintasi hadapan pusat beli-belah di Bukit Bintang.

Masuk ke pusat beli-belah, barulah lega sedikit tak nampak sangat kelibat warga asing ini.

Tapi sangkaan Merak Jalanan meleset. Kelihatan beberapa orang warga asing menjadi juruwang dan pekerja di medan selera.

Betul kata orang, warga asing ada di mana-mana sekarang!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!