Ramai terjebak tonton lumba siput sedut atas tudung periuk

Tangkap layar sesi 'live' perlumbaan siput sedut di Tiktok @tansri_ash pada Rabu.
Tangkap layar sesi 'live' perlumbaan siput sedut di Tiktok @tansri_ash pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Lebih 20,000 pengguna media sosial TikTok terjebak menonton perlumbaan siput sedut yang dikatakan sempena acara Sukan Malaysia (Sukma) 2024.

Menerusi siaran langsung Tiktok @tansri_ash, majoriti penonton mengakui terhibur dan leka dengan gelagat pemuda berkenaan yang hanya melakukan acara tersebut secara santai bermodalkan tudung periuk, namun berhasil menarik perhatian ramai.

Difahamkan, konsep perlumbaan dibuat persis Sukma iaitu penyertaan mengikut negeri seperti Pahang, Kedah, Johor, Pulau Pinang dan lain-lain.

Lebih menghiburkan, setiap daripada siput sedut terbabit mempunyai nama contohnya Hafiz, Rogayah, Safuan dan Dafi.

Setakat semalam, akaun pemuda tersebut sudah mencecah 40,000 pengikut dan siaran langsung menerima lebih 2 juta tanda suka.

Mengintai di ruangan komen Tiktok dan Facebook, orang ramai kekal tidak berganjak ke mana-mana hanya kerana ingin menonton serta menyokong negeri masing-masing yang diwakili siput sedut sehingga akhir.

"Lawaknya jadi lalai tengok,” kata Imah Aziz.

"Orang lain bagai nak pecah tekak panggil penonton masuk ‘live’, dia buat lumba siput sedut pun cecah 10,000 tontonan,” ujar Pico Pet Shop.

Artikel Berkaitan:

“Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Salah satu punca kenapa manusia reda buang masa termasuk aku (tonton lumba siput sedut),” seloroh Jang Lobbo.

"Salah seorangnya saya, siap gelabah lagi kalau siput itu hampir menang tapi berhenti tiba-tiba pula,” ulas Faten Roslan pula.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!