Ronaldo lancar saluran YouTube, pecah rekod dunia

Ronaldo
Ronaldo
A
A
A

[DIKEMAS KINI] BINTANG bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo melancarkan saluran YouTubenya pada Khamis, menyaksikan ratusan ribu pelanggan mendaftar dalam masa beberapa jam.

"Penantian telah berakhir. Saluran @YouTube saya akhirnya di sini! SIUUU langgan dan sertai saya dalam perjalanan baharu ini," tulis Ronaldo di akaun media sosialnya.

Beberapa jam selepas menyiarkan video pertamanya, 1.69 juta pelanggan telah menyertai salurannya.

Ronaldo juga memecahkan rekod dunia untuk menjadi saluran YouTube terpantas mencapai 1 juta pelanggan dalam 90 minit.

Ronaldo mempunyai 112.5 juta pengikut di platform X, 170 juta di Facebook dan 636 juta di Instagram.

Pemenang lima kali Ballon D'Or berusia 39 tahun itu kini meneruskan karier bola sepak bersama kelab Liga Pro Saudi, Al Nassr.

Bekas pemain Real Madrid dan Manchester United itu giat menjalani persiapan untuk perlawanan pembukaan Liga Pro Saudi menentang Al-Raed di Stadium Al -Awwal, awal pagi Jumaat.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!