Penjenayah ditembak mati terbabit kes samun bersenjata api

No Image Caption
A
A
A
SUBANG JAYA - Suspek warga Afrika yang ditembak mati di Jalan PJS 9/1, di sini, pada Selasa dipercayai ahli kumpulan samun yang aktif sejak tahun 2018.

Difahamkan, kegiatan kumpulan yang dianggotai kira-kira 10 warga Afrika termasuk suspek itu lengkap dengan senjata dan melibatkan nilai kerugian mencecah RM8 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kejadian tembak kira-kira jam 7 malam itu, suspek telah melepaskan lima tembakan ke arah polis dan dua peluru telah mengenai kenderaan polis.
Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!