Selesaikan isu pekerja e-hailing

Jose pada Wacana Sinar Siri Wacana Sinar edisi 452 'Malang' bekerja sendiri yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf di Shah Alam pada Rabu.
Jose pada Wacana Sinar Siri Wacana Sinar edisi 452 'Malang' bekerja sendiri yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf di Shah Alam pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Pekerja e-hailing menuntut supaya isu-isu dalam perkhidmatan terbabit khususnya kadar upah diselesaikan bagi memastikan nasib mereka lebih terbela dan terjamin.

Jawatankuasa Penggerak Gabungan E-hailing Malaysia, Jose Rizal berkata, permintaan terhadap pekerjaan dalam industri e-hailing mula melonjak dengan kedatangan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, beliau berkata, permintaan terhadap pekerjaan terbabit makin berkurang apabila sektor ekonomi lain dibuka, sekali gus berharap isu kadar upah perlu diberi perhatian.

"Pihak platform yang menentukan kadar upah. Jadi daripada situ, kadangkalanya, kita melihat kadar upah agak tidak berbaloi dengan tugasan yang dilaksanakan itu.

"Jadi dekat sini ada satu perkara perlu diselesaikan dan sebab itulah kita di Penggerak Gabungan E-Hailing Malaysia memperjuangkan agar kadar upah ini perlu ada asas (harga) lantai," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar Siri Wacana Sinar edisi 452 'Malang' bekerja sendiri yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Rabu.

Jose turut berpandangan, ekosistem e-hailing perlu berfungsi dengan baik bagi memastikan ia akan kekal dan bertahan lama.

"Jika ada satu segmen dalam ekosistem itu terkesan, ia akan mendatangkan pelbagai isu dan permasalahan lain," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, pihaknya menuntut perkara yang adil dan saksama, yang mana ia dilihat tidak akan membebankan mana-mana pihak.

Beliau berpandangan, pihak berkaitan perlu mencari dan mengambil jalan tengah bagi merungkai isu dan permasalahan terutama melibatkan kadar upah tersebut.

Dalam perkembangan sama, Jose berkata, kerajaan diharap mengurangkan kerenah birokrasi dan mempermudahkan urusan penggiat industri seperti pemandu dan penghantar e-hailing dan P-hailing.

Kongsi beliau, golongan pemandu e-hailing perlu melalui proses-proses tertentu terlebih dahulu untuk melakukan perkhidmatan e-hailing dan ia memberi kesukaran kepada mereka.

Sehubungan itu, Jose memohon, kerajaan segera melaksanakan satu sistem termasuklah pendigitalan sepenuhnya demi memudahkan urusan mereka.

Beliau turut mengakui, pekerja e-hailing berhadapan pelbagai cabaran lagi bagi melaksanakan perkhidmatan tersebut hingga memberi kesan kepada emosi mereka.

"Sekarang ini, banyak cabaran di lapangan yang bagi kita benda-benda ini perlu kerjasama semua pihak.

"Pihak berkepentingan perlu mainkan peranan termasuk dengan pengguna perlu ada kesedaran agar mereka difahamkan dengan tugas dan fungsi perkhidmatan ini,"katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!