Kyogo Furuhashi dalam radar Manchester City
MANCHESTER City dikatakan sedang mempertimbangkan untuk merekrut penyerang Celtic, Kyogo Furuhashi.
Penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengenal pasti Furuhashi sebagai pemain yang tepat bagi menggantikan Julian Alvarez.
Alvarez meninggalkan City untuk menyertai kelab La LIga, Atletico Madrid musim ini.
Setakat ini, City belum melakukan sebarang pembelian pemain sepanjang jendela perpindahan musim panas, namun diramal aktif menuju tarikh akhir Jumaat depan.
Selain Furuhashi, City dikatakan bakal menerima kepulangan sensasi Ilkay Gundogan menerusi perpindahan percuma dari Barcelona.
Furuhashi, 29, menyertai Celtic pada 2021 ketika kelab itu dikendalikan Ange Postecoglou yang kini menerajui Tottenham Hotspur.
Sepanjang tiga musim bersama Celtic, Furuhashi meledak 73 gol dalam 135 penampilan selain membatu kelab Scotland itu menang tujuh trofi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!