Tarian Zapin: Pekasih Johor rancang acara lebih besar

Juara kategori Sekolah Menengah, SM Sains Johor sempena penganjuran Karnival Pertandingan Tarian Zapin Johor 2024 Daerah Kluang di Dewan MDSR baru-baru ini.
Juara kategori Sekolah Menengah, SM Sains Johor sempena penganjuran Karnival Pertandingan Tarian Zapin Johor 2024 Daerah Kluang di Dewan MDSR baru-baru ini.
A
A
A

KLUANG – Persatuan Kasih Prihatin Malaysia (Pekasih) Johor merancang untuk menjadikan Karnival Pertandingan Tarian Zapin Johor sebagai acara tahunan dan dianjurkan dengan skala lebih besar pada masa hadapan.

Pengerusinya, Jaafar Matek berkata, perkara berkenaan dirancang susulan sambutan menggalakkan diterima sempena penganjuran Karnival Pertandingan Tarian Zapin Johor 2024 Daerah Kluang di Dewan Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) 4 Ogos lalu.

“Sebagai makluman, ini merupakan penganjuran karnival kali kedua selepas 2023 dan alhamdulillah, ia mendapat sambutan yang menggalakkan dengan 10 penyertaan daripada sekolah rendah dan empat sekolah menengah pada karnival kali ini.

“Pada mulanya, penganjuran karnival ini adalah melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan diuar-uarkan ke peringkat sekolah tanpa menghadkan jumlah penyertaan serta terbuka kepada semua.

“Untuk pengetahuan kesemua peserta melibatkan mereka yang dah ada persatuan tarian dan mereka buat latihan sendiri,” katanya kepada Sinar Harian.

Jaafar (berdiri, dua dari kanan), bersama pemenang bagi kategori sekolah rendah SK Abdul Rahman Yassin.
Jaafar (berdiri, dua dari kanan), bersama pemenang bagi kategori sekolah rendah SK Abdul Rahman Yassin.

Beliau berkata demikian sempena penganjuran Karnival Pertandingan Taraian Zapin Johor 2024 Daerah Kluang, 4 Ogos lalu.

Karnival yang dirasmikan ADUN Layang-Layang, Datuk Abd Mutalip Abd Rahim bagi mewakili Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Ir Hasni Mohamma itu menyaksikan SK Abdul Rahman Yassin dan SM Sains Johor melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara sempena Karnival Pertandingan Tarian Zapin Johor 2024 Daerah Kluang baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Jaafar berkata, pihaknya berharap untuk menerima lebih banyak penyertaan pada penganjuran karnival berkenaan pada masa hadapan.

Beliau berkata, pihaknya juga akan menambah baik beberapa perkara seperti anugerah-anugerah khas melibatkan penari terbaik, pakaian terbaik dan sebagainya pada penganjuran karnival akan datang.

“Kita memang galakkan lagi penyertaan bagi karnival ini termasuk kerjasama daripada pihak Yayasan Kesenian negeri Johor...tahun ni pun juri kita pun semua dari pihak yayasan.

“Selain itu, mungkin pada masa akan datang, kita akan terima pula penyertaan daripada kumpulan-kumpulan penari bukan Melayu, ini memang kita alu-alukan,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!