‘Ada 105 SD bukan 115, 10 lagi tandatangan bertindih’ - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid (kanan) semasa sidang akhbar di WTCKL pada Khamis. FOTO: SINAR HARIAN - ASRIL ASWANDI SHUKOR.
Ahmad Zahid (kanan) semasa sidang akhbar di WTCKL pada Khamis. FOTO: SINAR HARIAN - ASRIL ASWANDI SHUKOR.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] UMNO mendedahkan hanya 105 sahaja yang sah daripada 115 nama ahli Parlimen yang menandatangani akaun bersumpah (SD) seperti didakwa Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, 10 daripada mereka melakukan tandatangan bertindih membabitkan Barisan Nasional (BN) dan PN.

"Jumlah sebenarnya ada 105 sahaja, ia tidak cukup untuk kerajaan. Setiap calon Parlimen BN menandatangani tiga dokumen.

"Satu, untuk serahkan kuasa sepenuhnya kepada pengerusi BN untuk membentuk kerajaan atau mewujudkan kerajaan campuran atau sebarang tindakan kearah pembentukan kerajaan," katanya ketika sidang akhbar di WTCKL sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan, dokumen kedua adalah berkaitan kerusi yang dimenangi merupakan kepunyaan parti dan bukan milik individu.

Bagi dokumen ketiga, ujarnya, setiap ahli yang keluar atau menukar sokongan akan dikenakan penalti sebanyak RM100 juta.

"Tiga dokumen ini ditandatangani dengan rakaman video di hadapan pesuruhjaya sumpah dan tiga peguam, jadi bagaimana kalau berlaku 'gila talak' mahu menafikan situasi sebenar.

"Yang sebenarnya, jumlah itu tidak cukup," katanya.

Tambah Ahmad Zahid, SD yang ditandatangani 10 ahli Parlimen BN tidak sah kerana mereka terikat dengan tiga dokumen tersebut sewaktu watikah pelantikan calon diberikan sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) pada 2022.

Sebelum ini media melaporkan, Muhyiddin menyerahkan dokumen mengandungi 115 SD ahli-ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepadanya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10, pada Rabu.

Akuan Berkanun itu didakwa telah diserahkan kepada Istana Negara pada 21 November 2022, jam 1.28 tengah hari sebelum tempoh asal ditetapkan tamat dan satu lagi Akuan Berkanun yang diserahkan kepada Istana Negara pada 22 November 2022.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!