Pegawai perubatan rugi RM177,930 terpedaya dua individu

Seorang pegawai perubatan mengalami kerugian lebih RM177,930 selepas ditipu dua individu yang menyamar sebagai pihak multimedia dan pegawai polis.Gambar hiasan, gambar kecil: Yahaya
Seorang pegawai perubatan mengalami kerugian lebih RM177,930 selepas ditipu dua individu yang menyamar sebagai pihak multimedia dan pegawai polis.Gambar hiasan, gambar kecil: Yahaya
A
A
A

KUANTAN - Seorang pegawai perubatan mengalami kerugian lebih RM177,930 selepas ditipu dua individu yang menyamar sebagai pihak multimedia dan pegawai polis.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula 5 Ogos lalu apabila lelaki berusia 28 tahun itu menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai pihak multimedia.

Menurutnya, dalam perbualan, suspek menyatakan bahawa nombor telefon mangsa terlibat dengan kes judi dalam talian.

"Panggilan telefon mangsa disambungkan kepada pihak polis yang kemudian memaklumkan mangsa terlibat dalam kes pengubahan wang haram.

"Mangsa juga dimaklumkan bahawa pihak polis telah menerima satu surat perintah penangkapan dan perintah pembekuan aset-aset terhadapnya," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Yahaya memberitahu, mangsa diberikan satu pautan untuk memuat turun aplikasi Bank Negara Malaysia (BNM) dan mengisi maklumat yang diperlukan.

Katanya, mangsa yang berasa takut mengikut semua arahan termasuk mengesahkan setiap transaksi dibuat suspek.

"Sebanyak 12 transaksi dilakukan ke tujuh akaun bank melibatkan wang sejumlah RM177,930 dari akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) ke akaun bank terbabit bagi tujuan audit," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu, orang ramai yang menerima panggilan meragukan diminta segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi kerajaan berkenaan bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan.

Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dipautan https://semakmule.rmp.gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi.

Ringkasan berita:

  • Kejadian: Seorang pegawai perubatan ditipu oleh dua individu yang menyamar sebagai pihak multimedia dan pegawai polis.
  • Lokasi: Kuantan, Pahang.
  • Tarikh Kejadian: Bermula 5 Ogos lalu.
  • Modus Operandi:
    • Suspek pertama menyamar sebagai pihak multimedia dan mendakwa nombor telefon mangsa terlibat dengan kes judi dalam talian.
    • Panggilan disambungkan kepada suspek kedua yang menyamar sebagai pegawai polis dan menuduh mangsa terlibat dalam kes pengubahan wang haram.
    • Mangsa diberitahu bahawa ada surat perintah penangkapan dan pembekuan aset terhadapnya.
    • Mangsa diberikan pautan untuk memuat turun aplikasi palsu BNM dan diarahkan mengisi maklumat peribadi.
    • Suspek menggunakan maklumat ini untuk melakukan 12 transaksi melibatkan wang sejumlah RM177,930 dari akaun ASB ke tujuh akaun bank berbeza.
  • Jumlah Kerugian: RM177,930.
  • Nasihat Polis:
    • Orang ramai diminta membuat semakan dengan pihak berkuasa jika menerima panggilan meragukan.
    • Sebelum membuat sebarang transaksi, semak nombor akaun dan nombor telefon di pautan: https://semakmule.rmp.gov.my.
Dijana oleh AI

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!