Empat sahabat didakwa edar dadah jenis MDA

S Jiveen (kiri) Pui Wei Hao (dua dari kiri), Chu Chien (merah) dan Lo Shaw Jie (kanan) didakwa atas pertuduhan mengedar dadah di Mahkamah Majistret, Johor Bahru pada Khamis.
S Jiveen (kiri) Pui Wei Hao (dua dari kiri), Chu Chien (merah) dan Lo Shaw Jie (kanan) didakwa atas pertuduhan mengedar dadah di Mahkamah Majistret, Johor Bahru pada Khamis.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Empat sahabat didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan mengedar dadah jenis Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dengan berat kasar 59.5 kilogram (kg) minggu lalu.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua empat tertuduh iaitu Chu Chien Yaeh, 36; Lo Shaw Jie, 26; S Jiveen, 39; dan Pui Wei Hao, 31.

Berdasarkan pertuduhan, mereka secara bersama didapati mengedar dadah berkenaan di Pangsapuri Residensi Puncak, Jalan Dato Abdullah Tahir, Taman Abad, di sini, kira-kira jam 12.30 pagi pada 12 Ogos lalu.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan jika hukuman diberikan mahkamah adalah penjara seumur hidup, tertuduh hendaklah juga disebat tidak kurang 15 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ameerah Allaudeen, manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 20 November depan sebagai tarikh sebutan semula sementara menunggu hasil laporan kimia.

Isnin lalu, media melaporkan polis Johor menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang aktif sejak Mei lalu dengan menahan tujuh individu dan merampas pelbagai jenis dadah melebihi 60 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai lebih RM10 juta.

Artikel Berkaitan:

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, sindiket yang aktif di daerah ini ditumpaskan dalam tiga serbuan berasingan antara 12 tengah hari hingga 2 petang, 12 Ogos lalu di sekitar bandar raya ini dan Seri Alam.

Kumar berkata, modus operandi digunakan sindiket itu adalah dengan menjadikan kediaman kawasan berpagar dan berpengawal untuk menjalankan aktiviti memproses dan membungkus dadah sebelum mengedarkannya ke pasaran tempatan negeri ini.

Tambahnya, pihak polis sedang mengesan dalang sindiket itu yang masih bebas iaitu Lo Show Shang berusia 36 tahun.

Ringkasan berita:

  • Kes: Empat sahabat didakwa mengedar 59.5 kg dadah jenis MDMA.
  • Lokasi: Johor Bahru.
  • Tarikh: 12 Ogos 2024.
  • Hukuman: Boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup.
  • Keputusan: Sebutan semula kes pada 20 November 2024.
  • Latar Belakang: Polis Johor tumpas sindiket pengedaran dadah, rampas lebih 60 kg dadah bernilai RM10 juta.
Dijana oleh AI

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!