Allianz Malaysia raikan 10 tahun Kejohanan Golf bersama media

Zakri (kiri) bergambar bersama Juara Golf Berpasukan terdiri daripada Ismadi (RTM), Azizi (Sinar Harian) dan Kok Leong (Allianz Malaysia) pada Kejohanan Golf bersama Media Allianz di Saujana Golf and Country Club (SGCC), di sini, baru-baru ini.
Zakri (kiri) bergambar bersama Juara Golf Berpasukan terdiri daripada Ismadi (RTM), Azizi (Sinar Harian) dan Kok Leong (Allianz Malaysia) pada Kejohanan Golf bersama Media Allianz di Saujana Golf and Country Club (SGCC), di sini, baru-baru ini.
A
A
A

ALLIANZ Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) meraikan Ulang Tahun ke-10 Kejohanan Golf bersama Media Allianz di Saujana Golf and Country Club (SGCC) dekat sini, baru-baru ini.

Kejohanan golf terbabit berjaya menarik 70 penyertaan termasuk pemain golf media tempatan, badan pengurusan kanan dan kakitangan Allianz Malaysia.

Ketua Pegawai Kewangan Allianz Malaysia, Giulio Slavich berkata, matlamat mereka di Allianz Malaysia adalah untuk menyemai semangat kerjasama bermakna dengan pihak media.

"Ia memandangkan kami menghargai peranan mereka dalam menjadi perantara komunikasi antara kami serta membina komuniti berilmu dan masyarakat yang peka kepada isu-isu semasa.

"Kadang-kala, kita terlepas pandang usaha dan cabaran media menjalankan dalam tugas-tugas harian mereka dalam mengetengahkan isu-isu penting dan bagi syarikat korporat seperti kami memfokuskan kepada nilai, inovasi dan pencapaian kami,"katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Giulio (kiri) menyampaikan hadiah kepada Mahathir yang meraih Juara bagi kategori individu dalam Kejohanan Golf itu.
Giulio (kiri) menyampaikan hadiah kepada Mahathir yang meraih Juara bagi kategori individu dalam Kejohanan Golf itu.

Giulio menambah, kejohanan golf terbabit adalah cara Allianz Malaysia untuk menzahirkan penghargaan mereka kepada rakan-rakan media.

Sebelum itu, antara pemain golf media menyertai kejohanan tahun ini termasuklah Berita Harian, Media Prima, Harian Metro, New Straits Times serta Media Mulia yang terdiri daripada Kosmo, Utusan Malaysia dan The Malaysian Reserve.

Artikel Berkaitan:

Turut mengambil bahagian ialah The Star, Astro, Bernama, The Edge, Sinar Harian, RTM, TV3, Cakap Sukan Online, Utusan TV, Par Golf, Suara Merdeka, Persatuan Penulis Sukan (S.A.M.), Golf Malaysia, The Club House dan National Press Club (NPC).

Allianz Malaysia diwakili oleh Pengerusinya, Zakri Khir, Ahli Lembaga Pengarah Peter Ho Kok Wai dan Wong Kok Leong serta Giulio pada kejohanan tersebut.

Dalam kejohanan terbabit, Mahathir Mohd Sidi dari Media Prima dinobatkan juara dengan 37 mata dan membawa pulang Pakej HarianGreen Fee Full Flight Baucar Golf bernilai RM2,000.

Tempat kedua menjadi milik James Morrison dari Astro dengan 37 mata pada kiraan semula dan menerima hadiah Pakej Harian Green Fee Half Flight Baucar Golf bernilai RM1,500,diikuti tempat ketiga dimenangi oleh L. Jaiarajo dari Bernama dengan 37 mata yang memenangi baucar AEON bernilai RM500.

Pemain golf media dan kakitangan Allianz bergambar kenangan beramai-ramai di Saujana Golf and Country Club (SGCC) baru-baru ini.
Pemain golf media dan kakitangan Allianz bergambar kenangan beramai-ramai di Saujana Golf and Country Club (SGCC) baru-baru ini.

Kejuaraan kategori berpasukan dirangkul oleh pasukan Ismadi Manap (RTM), James Morrison (Astro), Azizi Fikry (Sinar Harian) dan Wong Kok Leong (Allianz Malaysia) dengan 108 mata.

Pemenang tempat kedua dimenangi pasukan Zaharuddin Mohamad (Media Mulia), Azlan Naim Abdullah (Utusan TV), L. Jaiarajo (Bernama) dan Rastam Ariffin (Allianz Malaysia) dengan 104 mata.

Pasukan terdiri daripada Mahathir Mohd Sidi (Media Prima), Intan Farhana (The Edge), Amirullah Andi Nur (Berita Harian) dan Cheah Lye Cheong (Allianz Malaysia) pula menduduki tempat ketiga.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!