Petani enggan tanggung risiko padi musnah banjir

Mohd Faizul (tiga dari kiri) melekatkan Jalur Gemilang ke kenderaan rasmi Kada.
Mohd Faizul (tiga dari kiri) melekatkan Jalur Gemilang ke kenderaan rasmi Kada.
A
A
A

KOTA BHARU - Sebanyak 13,778 hektar atau 51.67 peratus daripada keseluruhan 26,664 hektar sawah diusahakan pada musim pertama bermula Mei tahun ini.

Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), Mohd Faizul Mustafa berkata, jumlah kecil itu berikutan ada sebahagian petani enggan mengambil risiko tanaman musnah akibat banjir.

“Tanaman padi juga tidak dapat dilakukan kerana masalah bekalan air dari Stesen Rumah Pam Kemubu,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Kemerdekaan di Kada pada Khamis.

Menurut beliau, jadual menabur benih bagi musim pertama tersebut sudah berakhir pada 28 Julai lalu manakala musim kedua pula dijangka bermula penghujung Oktober atau awal November tahun ini.

Mohd Faizul (tengah) mengadakan sambutan Kemerdekaan di Kada, Kota Bharu.
Mohd Faizul (tengah) mengadakan sambutan Kemerdekaan di Kada, Kota Bharu.

Katanya, kebanyakan petani di kawasan yang tidak menanam pada musim pertama sudah bersedia untuk menanam padi bagi musim seterusnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, akibat kemarau pada musim kedua tahun lalu, sebanyak 8,932.94 hektar padi musnah daripada luas kawasan keseluruhan 26,664 hektar dan dianggarkan kehilangan hasil padi sebanyak 41,117 tan metrik.

“Kada sudah mengangkat permohonan kepada Jawatankuasa Tabung Bencana Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dengan had keluasan 7,472.54 hektar.

Artikel Berkaitan:

“Keseluruhan cadangan nilai bantuan itu berjumlah lebih RM6.5juta bagi musim kedua tahun lalu tersebut," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!