Pergelangan tangan hancur tersepit mesin

Anggota bomba membuat kerja-kerja penyelamatan dengan menggunakan peralatan hydraulic bagi mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit. Foto JBPM Perak
Anggota bomba membuat kerja-kerja penyelamatan dengan menggunakan peralatan hydraulic bagi mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit. Foto JBPM Perak
A
A
A

BAGAN DATUK - Seorang lelaki hancur pergelangan tangan kanan selepas tersepit dalam mesin membuang sabut kelapa di sebuah kilang di sini pada Khamis.

Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang pada jam 12.03 tengah hari.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kejadian berlaku ketika mangsa, pekerja warga Bangladesh berusia 35 tahun sedang menjalankan rutin kerja harian.

Keadaan tangan mangsa yang tersepit dalam mesin membuang sabut kelapa di sebuah kilang di Bagan Datuk pada Khamis. Foto JBPM Perak
Keadaan tangan mangsa yang tersepit dalam mesin membuang sabut kelapa di sebuah kilang di Bagan Datuk pada Khamis. Foto JBPM Perak

"Ketua Operasi telah mengarahkan anggota membuat kerja-kerja penyelamatan dengan menggunakan peralatan hydraulic bagi mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit.

"Mangsa yang cedera telah diserah kepada pegawai perubatan untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan di sini.

Operasi tamat pada jam 1.12 tengah hari.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!