Puteri UMNO lancar Tabung Sumbangan Untuk Palestin 2.0
KUALA LUMPUR - Puteri UMNO melancarkan Tabung Sumbangan Kemanusiaan untuk Palestin 2.0 sebagai tanda bersolidariti dan terus menyokong perjuangan rakyat Palestin yang cuba membebaskan diri daripada ‘cengkaman’ rejim Zionis.
Simbolik pelancaran tabung berkenaan dilakukan dengan pemberian mafla oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi kepada Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali.
Pelancaran berkenaan berlangsung Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 pada Khamis.
Tabung Sumbangan Kemanusiaan untuk Palestin 2.0 akan terus digerakkan bagi mencapai sasaran RM500,000 untuk diserahkan kepada Walid sebelum musim sejuk bermula.
Walid Abu Ali dalam ucapannya menzahirkan rasa kesyukuran atas keprihatinan Puteri UMNO yang bermurah hati melaksanakan tabung tersebut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!