Terbuka Jepun: Pearly-Thinaah menang mudah, mara ke suku akhir
TURUN dengan misi untuk kekalkan momentum dan persembahan terbaik usai perjuangan di Olimpik Paris pasangan beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan dan M Thinaah turun ke gelanggang badminton di Yokohama Kanagawa dalam misi isi slot ke suku akhir.
Pearly-Thinaah menerima cabaran dari beregu yang kini menghuni ranking ke-50 dunia dari Denmark iaitu Julie Finne-Ipsen dan Mai Surrow.
Pasangan negara cemerlang di set pertama apabila mudah menamatkan aksi dengan keputusan 21-11.
Namun skrip berbeza berlaku pada set kedua apabila beregu Denmark berjaya mengguris ego Pearly-Thinaah untuk kedudukan pendahuluan 5-2 menjadi milik mereka pada satu ketika.
Namun demi semangat membara bawa nama negara, beregu utama negara berjaya bangkit menyamakan kedudukan 20-20 sekali gus membenam cabaran beregu dari Denmark itu dengan keputusan berkesudahan 22-20.
Di suku akhir Pearly-Thinaah bakal menerima cabaran daripada pemenang dalam satu lagi aksi pusingan kedua antara Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China atau Rui Hirokami-Yuna Kato dari Jepun. - Stadium Astro/ Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!