Perkhidmatan kereta api Bangkok-Butterworth tingkat aktiviti komersial Pulau Pinang

Chow Kon Yeow
Chow Kon Yeow
A
A
A

GEORGE TOWN - Penyambungan semula perkhidmatan kereta api antara Bangkok, Padang Besar dan Butterworth dijangka akan meningkatkan aktiviti komersial di Pulau Pinang,

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, perkhidmatan kereta api itu akan menarik lebih ramai pelancong ke Pulau Pinang dan juga ke negara jiran tersebut.

"Kita mengalu-alukan penyambungan semula perkhidmatan kereta api ini kerana ia akan meningkatkan jumlah penumpang dan kargo di kedua-dua arah,” dalam sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Hotel Gurney Bay di sini pada Khamis.

Tambah beliau, perkhidmatan kereta api tersebut akan menjadi alternatif kepada mod pengangkutan yang sedia ada untuk pelancong.

“Sesetengah penumpang merasakan bahawa terdapat daya tarikan tersendiri ketika menaiki kereta api walaupun ia lebih lambat berbanding melalui jalan raya atau pun udara," tambahnya.

Memetik laporan Business Today sebelum ini, Kereta Api Negeri Thailand (SRT) mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan perkhidmatan ‘direct train’ dari Terminal Besar Bang Sue Bangkok ke Butterworth, Pulau Pinang dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang.

Inisiatif itu disahkan oleh Ketua Pejabat Gabenor SRT, Ekkarat Sri-arayangpong selepas perbincangan pada Persidangan Bersama KTMB-SRT ke-42 di Kota Kinabalu, Sabah.

Perkhidmatan kereta api baharu itu yang bakal beroperasi dari Bangkok ke Padang Besar dan Butterworth di Pulau Pinang menawarkan sambungan perjalanan bagi pelancong Thailand dan Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Wong Hon Wai berkata, perkhidmatan kereta api itu akan melengkapkan perjalanan terus yang sedia ada dari Bangkok ke Pulau Pinang serta memperkukuhkan rangkaian pengangkutan antarabangsa antara Pulau Pinang dan Thailand.

Katanya, mengikut data dari Jun lalu, terdapat 39 penerbangan terus untuk tempoh seminggu dari Bangkok ke Pulau Pinang, berbanding 22 penerbangan pada tempoh yang sama pada tahun lalu.

"Jumlah itu menunjukkan peningkatan yang ketara. Selain itu, penyambungan semula perkhidmatan pengangkutan awam itu juga akan mengukuhkan peranan Pulau Pinang sebagai hab pengangkutan serantau, menjadikan negeri ini sebagai pintu masuk ke Asia Tenggara," tambahnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!