Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$115.9 bilion setakat 15 Ogos

Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$115.9 bilion setakat 15 Ogos 2024.
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$115.9 bilion setakat 15 Ogos 2024.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$115.9 bilion (AS$1=RM4.36) setakat 15 Ogos 2024, daripada AS$114.7 bilion yang dicatatkan pada 31 Julai 2024.

BNM dalam kenyataan pada Khamis berkata, kedudukan rizab itu mencukupi untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan dan adalah 1.0 kali ganda jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab itu ialah rizab mata wang asing berjumlah AS$103.7 bilion diikuti rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.9 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.3 bilion).

Jumlah aset berjumlah RM637.84 bilion, merangkumi emas dan rizab pertukaran asing termasuk SDR (RM546.54 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.27 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.39 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM25.28 bilion), tanah dan bangunan (RM4.13 bilion) dan aset-aset lain (RM47.24 bilion).

BNM berkata, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100.0 juta), rizab (RM206.0 bilion), mata wang dalam edaran (RM165.70 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM143.41 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM5.85 bilion), deposit lain (RM66.95 bilion), kertas Bank Negara (RM16.85 bilion), peruntukan SDR (RM29.96 bilion), dan liabiliti lain (RM3.28 bilion). - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!