Mayat lelaki tanpa identiti ditemui terapung di Teluk Bahang

Mayat lelaki tanpa identiti ditemui terapung di kedudukan 8.9 batu nautika barat laut Teluk Bahang pada petang Rabu.
Mayat lelaki tanpa identiti ditemui terapung di kedudukan 8.9 batu nautika barat laut Teluk Bahang pada petang Rabu.
A
A
A

GEORGE TOWN - Mayat seorang lelaki ditemui terapung di perairan Teluk Bahang dekat sini pada jam 2.45 petang Rabu.

Mayat tersebut ditemui sepasukan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang ketika menjalankan operasi rondaan di kawasan terbabit.

Pengarahnya, Kepten Maritim Razali Kasim berkata, mayat tanpa identiti itu ditemui di kedudukan 8.9 batu nautika barat laut Teluk Bahang.

"Bertindak atas maklumat tersebut, sebuah lagi bot ronda Maritim Malaysia telah diatur gerak ke lokasi terbabit untuk membantu proses pengambilan mayat tersebut.

Mayat lelaki yang ditemui diserahkan kepada Balai Polis Teluk Bahang untuk tindakan lanjut.
Mayat lelaki yang ditemui diserahkan kepada Balai Polis Teluk Bahang untuk tindakan lanjut.

"Mayat itu kemudiannya dipindahkan dan diserahkan kepada Balai Polis Teluk Bahang untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah beliau, orang awam diminta agar melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut di talian kecemasan 24 jam NG999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!