Tanah runtuh: Penghuni diarah kosongkan kediaman

Gambar tular yang memaparkan keadaan di lokasi kejadian tanah runtuh di Jalan Genting Kelang-Kem Wardiburn, di sini, pada Khamis.
Gambar tular yang memaparkan keadaan di lokasi kejadian tanah runtuh di Jalan Genting Kelang-Kem Wardiburn, di sini, pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penghuni rumah di Taman Bunga Raya, Jalan Genting Kelang-Kem Wardiburn, di sini, diarahkan mengosongkan rumah susulan insiden tanah runtuh, di sini, pada Khamis.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Muhammad Hasif Zakaria berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada jam 5.43 petang.

"Seramai enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, didapati terdapat kejadian tanah runtuh di kawasan lereng bukit," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Gambar tular yang memaparkan keadaan di lokasi kejadian tanah runtuh di Jalan Genting Kelang - Kem Wardiburn, di sini, pada Khamis.
Gambar tular yang memaparkan keadaan di lokasi kejadian tanah runtuh di Jalan Genting Kelang - Kem Wardiburn, di sini, pada Khamis.

Muhammad Hasif berkata, maklumat yang diterima dari pihak polis, penghuni rumah yang berhampiran telah diarahkan keluar dan masih terdapat pergerakan tanah.

"Operasi pemantauan masih diteruskan oleh anggota di lokasi kejadian. Setakat ini hanya sebuah rumah sahaja yang terlibat, bagaimanapun terdapat rumah yang berdekatan dengannya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!