UMNO Melaka belum terima bukti ADUN Rembia sertai Pas

Ab Rauf Yusoh ketika sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini pada Khamis.
Ab Rauf Yusoh ketika sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - UMNO Melaka masih tidak menerima warkah rasmi yang membuktikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis menyertai Pas.

Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pihak setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) telah memaklumkan kepada Muhamad Jailani agar menghantar surat dan sijil keahlian Pas secara rasmi ke Pejabat Speaker DUN Melaka yang tamat pada 28 Julai lalu.

“Kita memerlukan satu bukti yang menunjukkan bahawa beliau telah menjadi ahli Pas sejak sekian lama. Dengan itu, baru boleh ambil langkah untuk menilai sama ada kebenaran beliau sebagai ahli parti berkenaan.

“Dengan tidak ada pengesahan ini, kita akan tunggu sehingga satu keputusan akan dibuat,” katanya ketika sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini pada Khamis.

Pada 16 Julai lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan Muhamad Jailani menyertai parti itu secara rasmi.

Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO itu diterima pada 10 Jun tahun lalu.

Takiyuddin yang juga Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) menjelaskan, keputusan Muhamad Jailani yang digantung keahlian UMNO selama enam tahun itu tidak dianggap sebagai lompat parti kerana pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2023 berkaitan lompat parti diluluskan pada 31 Julai 2023.

Mengulas lanjut, Ab Rauf memaklumkan pihaknya akan menunggu Muhamad Jailani menjawab soalan berkenaan sehingga persidangan DUN pada November depan.

Artikel Berkaitan:

“Kita pun telah menghantar surat kepada pihak Pas. Tidak salah saya untuk meminta pengesahan keahlian.

“Sepatutnya, kita tidak perlu menghantar surat memandangkan dia yang mengisytihar keluar (parti) tetapi dia tidak membuktikan dengan surat-surat yang mengesahkan bahawa dia telah menjadi ahli Pas sejak tahun 2023,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!