Berlian kedua terbesar di dunia ditemui di Botswana

Berlian besar yang ditemui di Botswana diletakkan di atas meja di dalam pejabat Presiden di Gaborone. Foto AFP
Berlian besar yang ditemui di Botswana diletakkan di atas meja di dalam pejabat Presiden di Gaborone. Foto AFP
A
A
A

JOHANNESBURG - Berlian luar biasa 2,492 karat ditemui di Lombong Berlian Karowe di Botswana, sebuah negara yang kaya dengan mineral di selatan Afrika, lapor Agensi Anadolu.

Menurut kenyataan daripada syarikat perlombongan Kanada, Lucara Diamond Corp, berlian itu boleh menjadi antara berlian kasar terbesar yang pernah digali.

"Penemuan ini menekankan reputasi Karowe sebagai aset bertaraf dunia dan mengesahkan semula kedudukan Lucara sebagai pengeluar terkemuka berlian besar dan luar biasa.

"Berlian terbaru ini adalah antara penemuan penting lain yang mengagumkan daripada lombong itu, termasuk Sewelo 1,758 karat dan Lesedi La Rona 1,109 karat," katanya.

Presiden Botswana, Mokgweetsi Masisi memegang berlian besar yang ditemui di Botswana di pejabatnya di Gaborone. Foto AFP
Presiden Botswana, Mokgweetsi Masisi memegang berlian besar yang ditemui di Botswana di pejabatnya di Gaborone. Foto AFP

Botswana terkenal kerana menghasilkan berlian besar.

Pada 2019, berlian kedua terbesar dalam sejarah ditemui di Botswana oleh Lucara Diamond.

Batu 1,758 karat yang tidak pecah itu telah digali melalui teknologi litar XRT terkini yang ditauliahkan di Botswana pada 2015.

Artikel Berkaitan:

Berlian 2492 karat itu ditemui di lombong Karowe di Botswana of Lucara Diamond Company. Foto AFP
Berlian 2492 karat itu ditemui di lombong Karowe di Botswana of Lucara Diamond Company. Foto AFP

Pada 2015, satu lagi berlian 1,109 karat yang tidak pecah yang dipanggil Lesedi La Rona telah digali di Lombong Karowe. Ia dikenali sebagai yang kedua terbesar di dunia pada masa itu.

Permata itu telah dijual pada 2017 kepada tukang emas London dengan harga $53 juta.

Berlian terbesar di dunia, seberat 3,106 karat, ditemui di Afrika Selatan pada 1905. - Bernama- Anadolu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!